Kejanggalan Imam Memimpin Jemaah.
Seringkali dalam sesi pengajian Kitab Sifat Solat Nabi Yang Sohih, al-Faqir adakalanya akan menyentuh tentang bab Imam yang memimpin solat berjemaah. Alhamdulillah, ada di antara para Imam sudah mula sedar dan berubah setelah diperingatkan untuk memimpin solat berjemaah dengan sempurna, namun ada juga sebilangan di antara mereka masih dengan sikap yang lama tanpa ada perubahan sama sekali.Yang lebih malang sekali, ada di antara mereka yang jahil tentang Hadith-Hadith Nabi ﷺ dan tidak pernah bertalaqi kitab-kitab fiqh secara cermat dari para Ulama, melemparkan tuduhan fitnah jahat konon-kononnya al-Faqir ingin menjadi Imam di masjid berdekatan rumah al-Faqir sendiri.Ada di antara mereka juga dengan tanpa rasa bersalah menuduh al-Faqir menyampaikan ilmu tanpa mempunyai tauliah baik dari pihak JAWI ataupun JAIS sedangkan kedua-dua tauliah tersebut telah al-Faqir miliki. Al-Faqir seringkali juga berbincang dengan Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki tentang permasalahan dan kejanggalan yang dilakukan oleh para Imam di masjid.Mengikut daripada beberapa kajian, ada di antara para Imam sebenarnya tidak berkelayakan untuk menjadi Imam tetapi disebabkan kekosongan yang terdapat di beberapa buah masjid tanpa ada yang mengambil jawatan tersebut, maka jawatan Imam diisi oleh mereka yang tidak pernah memahami hukum-hakam dalam memimpin solat berjemaah. Baginda Nabi ﷺ bersbda," الْإِمَامُ ضَامِنٌ وَالْمُؤَذِّنُ مُؤْتَمَنٌ اللَّهُمَّ أَرْشِدْ الْأَئِمَّةَ وَاغْفِرْ لِلْمُؤَذِّنِينَ Maksudnya,"Seorang Imam adalah penjamin (untuk kesempurnaan solat) dan Muazzin itu dimanahkan untuk menjaganya.Ya Allah, tunjukilah para Imam dan ampunilan para Muazzin yang melaungkan azan".-HR Abu Daud / At-Tirdmizi. Maka selayaknya sorang Imam itu dipilih bukan di atas kemerduan suara semata-mata tetapi wajib bagi mereka memahami hukum-hakam dalam memimpin solat berjemaan.Dalan entri ini juga al-Faqir selitkan video di mana al-Faqir sendiri bertanya kepada Tuan Guru Syeikh Nuruddin yang merupakan seorang Ulama Nusantara yang faqeh dan 'alim bagi menjawab segala permasalah yang masih lagi ditimbulkan oleh para Imam.Agak mendukacitakan ialah banyak sunnah-sunnah Nabi dikuburkan oleh para Imam ketika umat Islam diberikan kenikmatan untuk menyambut Sayyidul Ayam iaitu Penghulu Segala Hari, Hari Juma'at yang ianya lebih baik dari Hari Raya Idilfitri dan Idil Adha.Adakalanya para Imam juga tidak berpakaian secara sunnah yakni memakai serba putih sebagaimana yang dianjurkan oleh Baginda Nabi ﷺ tetapi cukup berani menyampikan khutbah di atas mimbar untuk mengajak jemaah menghidupkan sunnah-sunnah Nabi ﷺ .
0 Response to "Kejanggalan Imam Memimpin Jemaah."
Posting Komentar